Sabtu, 3 Ogos 2013

SOLAT TAHAJJUD

http://badarktc.blogspot.com/2008/08/solat-sunat-tahajjud.html

7 Golongan Yang Akan Dinaungi Oleh Allah Dibawah Naungan-Nya Dihari Tidak Ada Naungan Kecuali Naungan-Nya.

  1.   Pemimpin yang adil.
  2. Orang yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya.
  3. Pemuda yang hatinya sentiasa berpaut kepada masjid.
  4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah,kedua-duanya bertemu dan berpisah kerana Allah.
  5. seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan serta paras rupa yang cantik untuk berzina tetapi dia menolak dan mengatakan "aku takut kepada Allah".
  6. Seseorang yang memberi sedekah dan dia merahsiakannya.seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Seseorang yang mengingati Allah sewaktu sunyi sehigga mengalirkan air matanya.