Selasa, 18 Februari 2014

BORANG SOAL SELIDIK PENGAJIAN AM STPM 2014 II


 

                                                                    


BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4.
                                       

 

 

 

                                                MAKLUMAT KEPADA RESPONDEN.

 Soal selidik ini adalah bagi memenuhi  keperluan Penilaian Berasaskan sekolah (PBS) untuk mata pelajaran pengajian am 900/4.Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji tentang persepsi masyarakat terhadap masalah sistem perparitan tersumbat dan implikasinya kepada penduduk di Taman Desa Jaya.

a)Maklumat individu:

Jantina:Lelaki[      ] Perempuan[    ]

Umur:15-20[    ] 21-30[    ] 31-40[    ] 41-50[    ] 51-60[    ] 61-70[    ] 71-80[    ]

Bangsa:melayu[    ] cina[    ] india[    ] lain-lain[    ]

b)Tandakan (/) pada punca masalah sistem perparitan tersumbat di Taman Desa Jaya:

bil
Punca terhadap masalah sistem perparitan tersumbat.
Sangat setuju
setuju
Tidak setuju
1.
Sikap peniaga dan penduduk yang suka membuang sisa makanan ke dalam longkang.
 
 
 
2.
Longkang yang tidak diselengara atau/dan usang.
 
 
 
3.
Pengubahsuaian bangunan secara haram.
 
 
 
4.
Kurang kesedaran dalam masyarakat.
 
 
 
5.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah.
 
 
 

 

c)Tandakan (/) pada implikasi masalah sistem perparitan tersumbat di Taman Desa Jaya:

bil
Implikasi terhadap masalah sistem perparitan tersumbat.
Sangat setuju
setuju
Tidak setuju
1.
Pembiakan nyamuk Aedes.
 
 
 
2.
Masalah bau busuk.
 
 
 
3.
Banjir sekiranya hujan lebat.
 
 
 
4.
Penularan wabak penyakit.
 
 
 
5.
Menjejaskan aktiviti rutin.
 
 
 

 

 

Sabtu, 8 Februari 2014

contoh soalan soal selidik PBS Pengajian Am 2014.


BORANG SOAL SELIDIK.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah pengajian Am SMK Ulu Tiram 2014.

a)Maklumat individu:

Jantina:Lelaki[    ]  Perempuan[    ]

Umur:15-20[    ] 21-30[    ] 31-40[    ] 41-50[    ] 51-60[    ] 61-70[    ] 71-80[    ]

Bangsa:melayu[    ] cina[    ] india[    ] lain-lain[    ]

b)Tandakan (/) atau (x) pada punca masalah sistem perparitan di Taman Desa Jaya:

-sikap peniaga dan penduduk yang suka membuang sisa makanan ke dalam longkang [    ]

-Longkang yang tidak diselengara atau/dan usang [    ]

-Pengubahsuaian bangunan secara haram [    ]

c)Tandakan (/) atau (x) pada implikasi masalah sistem perparitan di Taman Desa Jaya:

-pembiakan nyamuk aedes [    ]

-masalah bau busuk [    ]

-banjir sekiranya hujan lebat [    ]

 saya harap ada sesiapa yang boleh tolong buat penambahbaikan pada soalan soal selidik saya.

Isnin, 3 Februari 2014

contoh kaedah kajian PBS PA STPM 2014


Kaedah kajian.

Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa kaedah kajian yang saya lakukan.antaranya:

a)soal selidik.

 Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang respondan,yang mewakili penduduk Taman Desa Jaya. . Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan saya untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya.Kesemua respondan telah dipilih secara rawak dari segi jantina,bangsa dan agama di Taman Desa Jaya.Sepanjang saya menjalankan sesi soal selidik tiada sebarang masalah yang berlaku walaupun terdapat sebilangan penduduk yang enggan memberikan kerjasama.

 Terdapat enam soalan dan pilihan jawapan ya atau tidak diberikan pada borang soal selidik yang berkaitan dengan punca dan implikasi kepada masalah ini.Soalan yang berkaitan dengan punca.Yang  pertama yang dikaji ialah berkaitan dengan peniaga yang membuang sisa makanan ke dalam longkang.Soalan yang kedua adalah yang berkaitan dengan longkang pecah seterusnya,pengubahsuaian bangunan secara haram.Manakala yang berkaitan dengan implikasi pula ialah pertama menyebabkan masalah bau busuk,soalan kedua pula berkaitan dengan banjir dan seterusnya soalan ketiga pula berkenaan aliran air tidak dapat mengalir dengan sempurna.Dengan kaedah ini juga, saya secara tidak langsung dapat meneliti perkembangan sistem perparitan  di Taman Desa Jaya ini dari semasa ke semasa.

b)kaedah rujukan.

  Bagi melengkapkan lagi kajian saya, saya telah membuat rujukan dengan menggunakan internet. Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pelajar di tingkatan 6 tahun lalu juga dijadikan bahan rujukan untuk melaksanakan kajian ini.Kebanyakan info yang saya dapati terdapat di dalam laman web. Ini dapat memudahkan lagi kerja saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Saya juga telah menggunakan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat untuk mencari definisi perkataan yang sering saya gunakan di dalam kajian ini. Di samping itu, buku-buku pelajaran serta majalah berilmu dijadikan rujukan tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian saya.

 

 

c)kaedah pemerhatian.

  Melalui kaedah pemerhatian, selain memerhati saya juga saya telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti menunjukkan masalah system perparitan di taman desa jaya.Disebabkan itu, kaedah ini telah digunakan  bagi mendapatkan reaksi daripada peniaga dan penduduk yang menjadi punca kepada masalah ini. Selain itu, kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.Melalui kaedah pemerhatian selama beberapa hari ini,saya mendapati bahawa masih ramai masyarakat pada hari ini yang tidak mempunyai kesedaran terhadap masalah ini.

 Pada hari pertama pemerhatian,saya memerhatikan terdapat sebilangan peniaga yang melepaskan sisa makanan ke longkang.Dalam masa yang sama juga,terdapat segelintir penduduk yang menbuang sampah ke dalam longkang.walaubagaimanapun,keadaan masih lagi terkawal kerana tidak semua penduduk yang berkelakuan sedemikian.

Pada hari pemerhatian seterusnya pula,saya mendapati keadaan perparitan semakin di Taman Desa Jaya semakin tidak terurus.Hal ini menjadi semakin buruk ditambah pula dengan terdapat longkang yang pecah dan tidak diselengara dengan baik.selain sikap sesetengah penduduk yang menyambung rumah mereka hingga menyebabkan aliran longkang tidak terurus dengan baik.

 Pada hari terakhir pemerhatian pula,saya mendapati sistem perparitan di Taman Desa Jaya semakin baik.Pihak Berkuasa Tempatan pula dilihat sudah mula membersihkan longkang,ditambah pula dengan pemberian tong sampah secara percuma oleh pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah,yang mana pemberian ini dapat mengurangkan sikap peniaga yang suka membuang sampah ke dalam longkang.