Ahad, 8 Jun 2014

MANUAL KERJA KURSUS EKONOMI DAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.

Hii kawan- kawan tingkatan enam 2014 sekalian dah baca manual kerja kursus untuk ekonomi dan pengajian perniagaan?
berikut merupakan manual bagi subjek ekonomi dan pengajian perniagaan:

  • manual kerja kursus ekonomi:
http://webmpm.mpm.edu.my/perisian/9444manualkk14P3/Manual%20PBS%20944-4%20edit%2026%20mei%202014%202ptg.pdf

  • manual kerja kursus pengajian perniagaan:
http://webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464manualkk14P3/MANUAL%20KK%20PP.pdf

Selasa, 18 Mac 2014

PBS SEJARAH TINGKATAN 6 TEMA POLITIK:SUMBANGAN DAN PERANAN UMNO DALAM MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU.


1.0  PENDAHULUAN.

            United Malays National Organisation(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(PERKEMBAR) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan sejak 68 tahun yang lalu.UMNO telah ditubuhkan pada awalnya untuk menyatukan orang melayu bagi menentang penubuhan Malayan Union[i]. Namun,peranan yang dimainkan oleh UMNO terus berkembang dengan pesat sesuai dengan peredaran zaman.kini UMNO memainkan peranan aktif sebagai sebuah parti politik di Malaysia juga merupakan parti pemerintah sejak penubuhan persekutuan lagi.Di Johor,UMNO juga telah berjaya mempertahankannya sebagai kubu kuat.Sebagai sebuah parti pemerintah yang telah sekian lama memerintah Negara,sudah pasti telah banyak sumbangan dan peranan yang telah dilakukan dalam memperkasakan masyarakat melayu. Di Ulu Tiram pula UMNO telah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-12  pada 2008 yang lalu dan disandang oleh Datuk Maulizan bin Bujang[ii]
2.0 Peranan UMNO Dalam Membantu Membasmi Kemiskinan Dalam Masyarakat Melayu.

            Selaras dengan matlamat penubuhan UMNO yang juga merupakan parti pemerintah sejak kemerdekaan negara lagi dalam membantu masyarakat melayu dari segenap sudut terutamanya dalam membasmi kemiskinan dalam masyarakat melayu. Seperti yang sedia maklum masyarakat melayu merupakan golongan majoriti dalam kelompok miskin tegar diawal kemerdekaan negara , sehingga menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi berlaku . Atas kesedaran tersebut UMNO yang juga merupakan parti pemerintah telah memainkan pelbagai peranan dalam membasmi kemiskinan dalam masyarakat melayu.

            Dalam hal ini , Program Gerakan 1AZAM yang terdiri daripada empat komponen iaitu AZAM Tani, AZAM Niaga, AZAM Kerja dan AZAM Khidmat telah diperkenalkan bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan selaras dengan usaha kerajaan membasmi kemiskinan tegar[iii].

            Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) untuk melaksanakan program peningkatan pendapatan, latihan kemahiran dan bina upaya di samping mengadakan Program Kecemerlangan Pendidikan dalam usaha membantu golongan berkenaan[iv].

            Dalam masa yang sama juga , kerajaan meneruskan usaha menyediakan perumahan mampu milik dan memperbaiki rumah usang di bawah Program Bantuan Rumah yang memberi manfaat kepada 1,368 isi rumah[v] .

            Dalam usaha membasmi kemiskinan , UMNO tidak hanya tertumpu di kawasan luar Bandar tetapi mereka juga cakna kepada kemiskinan bandar. Dalam hal ini , walaupun penduduk bandar memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk kampung namun kuasa beli wang di bandar yang rendah menyebabkan taraf hidup mereka turut merosot.Atas keperihatinan ini,pihak kerajaan dibawah pimpinan UMNO telah melakukan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan golongan miskin bandar ini.

            Antara usaha yang telah dilakukan bagi membasmi kemiskinan bandar ialah memperkenalkan program Mikro Kredit Bandar yang diuruskan oleh AIM , program ini diperkenalkan bertujuan untuk mendorong golongan miskin bandar menceburi bidang perniagaan dan seterusnya keluar dari kelompok kemiskinan[vi].

         Selain daripada program mikro kredit , Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) turut diperkenalkan oleh UMNO. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas dalam kalangan rakyat yang berpendapatan sederhana . Program ini juga adalah sebahagian daripada agenda murni untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia sejajar dengan konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020. UMNO amat peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah yang berharga tinggi, namun pada masa yang sama tidak layak untuk program-program perumahan kos rendah sedia ada[vii].

            Selain pendapatan dan juga perumahan, tingkat kesihatan rakyat turut diberi perhatian. kerajaan juga menitik beratkan aspek kesihatan di mana tertumpu kepada membina dan menaik taraf kemudahan hospital dan klinik. Sebanyak 51 premis juga telah diubahsuai menjadi klinik 1Malaysia di kawasan bandar terpilih di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor[viii].

            Bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta menyediakan peluang pelaburan, kerajaan telah menerbitkan Sukuk 1Malaysia yang menjamin kadar pulangan sebanyak 5.00 peratus setahun yang akan dibayar setiap suku tahun dan memberi fleksibiliti kepada pemegang untuk membeli dan menjual sukuk tersebut sebelum tarikh matang[ix].

            Dalam membantu golongan bekerja sendiri menghadapi hari tua pula, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dengan caruman minimum sebanyak RM50 hingga maksimum RM5,000 sebulan telah diperkenalkan oleh kerajaan dibawah pimpinan UMNO[x].
3.0 Peranan UMNO Dalam Mengukuhkan Hubungan Baik Antara Melayu Dengan Etnik Lain.
            Perpaduan sememangnya merupakan pekara penting dalam menjamin kejayaan sesebuah institusi mahupun negara. Malah, semasa kemerdekaan negara yang ke-50 tema ‘‘perpaduan teras kejayaan” dilaung-laungkan oleh sekian rakyat Malaysia.UMNO yang turut merupakan parti pemerintah sememangnya memegang peranan yang cukup besar dalam mengukuhkan hubungan antara etnik terutamanya yang melibatkan kaum melayu.
            Antara peranan UMNO dalam mengukuhkan hubungan baik antara melayu dengan etnik lain ialah UMNO telah berusaha untuk meningkatkan peranan Rukun Tetangga dengan mengalakkan orang ramai untuk menjadi ahli rukun tetangga.Dengan ini kerjasama mahupun perpaduan dalam kalangan masyarakat melayu dengan kaum lain dapat ditingkatkan.Disamping mengalakkan orang ramai menjadi ahli, permohonan untuk menubuhkan kawasan rukun tetangga juga turut dipermudahkan[xi].
            Selain itu, pemimpin-pemimpin UMNO juga turut berusaha keras menempis provokasi-provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjejaskan perpaduan masyarakat malaysia. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara[xii].
            Penganjuran sambutan hari kemerdekaan negara juga turut dapat mengukuhkan perpaduan antara etnik.sambutan ini dalam masa yang sama dapat mengukuhkan rasa cinta kita kepada negara disamping dapat mengukuhkan hubungan antara etnik. Malah, dalam masa yang sama juga sambutan ini dapat mengalakkan kedatangan pelancong ke Malaysia[xiii].
Selain daripada aktiviti tersebut, UMNO juga turut melaksanakan beberapa aktiviti  yang dapat mengukuhkan hubungan melayu dengan etnik lain. Satu program yang diberi nama program kayuhan suka-suka atau fun ride telah diadakan di Felda Pasak Kota tinggi[xiv]. Program itu bukan sahaja mendapat sambutan baik peminat aktiviti berbasikal di sekitar daerah ini. Malah, program tersebut turut mendapat penyertaan penggemar sukan berbasikal dari Pasir Gudang, Masai, Ulu Tiram, Kulaijaya dan Johor Bahru[xv]
4.0 Peranan UMNO Dalam Meningkatkan Perniagaan Masyarakat Melayu.
            Perniagaan yang berkembang sememangnya menjadi teras penting dalam mengukur kemajuaan sesebuah negara. Sebagai sebuah parti pemerintah, UMNO sememangnya telah memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan perniagaan orang melayu.Pelbagai strategi telah dilakukan oleh UMNO untuk memastikan ekonomi masyarakat melayu berkembang setanding dengan kaum lain di Malaysia.
            Dalam konteks masyarakat melayu, kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan mereka. Pihak parti pemerintah yang diketuai oleh UMNO telah mewujudkan beberapa agensi untuk memberi bantuan modal kepada usahawan-usahawan melayu yang memerlukannya. Antara agensi yang menawarkan kemudahan tersebut seperti Tekun Nasional,PUNB serta MARA[xvi].
            Sedikit sebanyak agensi-agensi tersebut mampu meringankan beban yang ditanggung bakal usahawan atau sesiapa sahaja yang berhasrat dan mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan dan kehidupan baru. Sekurang-kurangnya, hasrat dan nilai murni mereka akan dinilai dan tidak akan terkubur begitu sahaja. Impian dan cita-cita yang tinggi sukar dicapai sekiranya minat yang mendalam tidak disulami dengan sumber kewangan yang stabil, mimpi-mimpi indah ini akan berkecai begitu sahaja. Harapan yang dipasang tinggi akan musnah jika masalah kewangan menjadi batu penghalang dan akan menyebabkan seseorang itu berputus asa. Jika kewujudan agensi-agensi ini dapat membantu maka ekonomi negara akan terus maju.
5.0 Sumbangan UMNO DUN Tiram Dalam Pendidikan.
Sebagai sebuah parti pemerintah sejak kemerdekaan negara,sudah pasti banyak sumbangan yang telah dilakukan UMNO dalam memperkasakan orang melayu.baik dalam aspek politik,ekonomi mahupun sosial.
Dari segi sosial,UMNO telah banyak memainkan peranan dalam pendidikan kepada masyarakat melayu,bagi merealisasikan peranan tersebut UMNO telah banyak memberikan sumbangan antaranya, Seramai 570 penuntut persendirian dan tajaan YPJ serta MAINJ akan diberikan sumbangan wang tunai berjumlah RM2,500 manakala selebihnya diberikan wang saguhati sebanyak RM500[xvii].Melalui sumbangan yang diberikan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban pelajar semasa menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi . Maka , jelas menunjukan bahawa UMNO amat prihatin terhadap bebanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Bukan sahaja kepada pelajar-pelajar di IPT malah murid di peringkat rendah juga turut diberikan bantuan.Dalam hal ini, UMNO telah memberi bantuan kepada 30 murid miskin dan kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Johor Bahru. 30 murid tersebut menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Tiram, Nordin Omar yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang[xviii].
Bagi memastikan Negara dapat melahirkan pelajar yang berkualiti, UMNO juga turut menaja beberapa program pendidikan lain bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang mencukupi . Dalam hal ini , sebanyak 10 sekolah kebangsaan (SK) di kawasan Parlimen Tebrau menerima Tutor UPSR Utusan Malaysia tajaan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Tebrau selama enam bulan[xix]. Dengan bantuan yang diberikan ini, sekurang-kurangnya dapatlah meningkatkan pencapaian akademik para pelajar mahupun mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan.
            Melalui UMNO juga , sistem politik masyarakat melayu juga menjadi lebih teratur .  Sebagai sebuah parti pemerintah sejak penubuhan persekutuan lagi , sudah pasti mereka telah memberi sumbangan yang besar dalam sistem politik masyarakat melayu terutamanya di DUN Tiram, UMNO yang diterajui oleh Datuk Maulizan bin Bujang. 
Berdasarkan maklumat tersebut jelas membuktikan bahawa UMNO memberi banyak peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh UMNO terutamanya masyarakat melayu.Ini juga jelas membuktikan UMNO sememangnya merupakan sebuah parti politik yang berkaliber dan bewibawa.
6.0 Sumbangan UMNO Dalam Meringankan Beban.
            Atas dasar pritatin terhadap golongan kurang upaya,UMNO telah memberi Sebanyak RM30,000 wang tunai diagihkan kepada 24 orang kurang upaya (OKU) di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, sempena program Ziarah Ramadan 2013[xx]. Melalui sumbangan yang diberikan ini sedikit-sebanyak dapat mengurangkan beban mahupun menampung keperluan lebih-lebih lagi apabila hari raya yang bakal kunjung tiba. Hal ini menunjukan bahawa, UMNO merupakan sebuah pertubuhan yang amat prihatin terhadap golongan kurang upaya. Dengan adanya sumbangan ini juga, golongan OKU tersebut boleh membeli keperluan harian.
UMNO juga tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada masjid dan juga surau, Yang Berhormat Datuk Hj Maulizan Bin Bujang ( ADUN Tiram ) telah menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM 350.00 kepada setiap surau dan masjid yang berada dalam kawasan Parlimen Tebrau[xxi]. Walaupun dilihat sumbangan ini agak kecil. Namun,sedikit sebanyak dapat menampung keperluan semasa pusat ibadah tersebut seperti digunakan untuk membayar bil atau membaiki kemudahan yang rosak. 
Bagi menzahirkan keperihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang, ketika melawat ketiga-tiga keluarga turut menghulurkan bantuan peribadi berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Flat Kejiranan 8 di Taman Air Biru, Pasir Gudang[xxii]. Dalam hal ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan dan kesedihan mereka yang terlibat dalam tragedy tersebut.Datuk Maulizan bin Bujang telah menunjukkan rasa empati yang sangat tinggi kepada mangsa dengan melawat ke tempat kejadian dan menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
7.0 Sumbangan UMNO Dalam Memantapkan Ekonomi Masyarakat Melayu.
            Dalam usaha untuk membangunkan peryertaan buumiputra dalam bidang keusahawanan , Program Galakan Usahawan (PGU) telah diperkenalkan dan berjaya membawa enam produk berasaskan makanan keluaran tempatan menembusi pasaran Timur sekali gus meningkatkan pendapatan di kalangan usahawan negeri Johor dalam sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS).
            selain membantu aspek bimbingan keusahawanan dan pemasaran, UMNO juga turut memberi kepada usahawan terpilih peruntukan sebanyak RM2,400 bertujuan meningkatkan kualiti dalam pembungkusan[xxiii].
            Menerusi program galakan usahawan ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sehingga RM5 juta setahun, Ia bagi meningkatkan lagi kemahiran, produktiviti dan pencapaian golongan itu dalam bidang keusahawanan.
            Sejak 2008 hingga 2012, seramai 5,700 usahawan terlibat dengan program berkenaan dan ramai berjaya meningkatkan produktiviti jualan mereka[xxiv].Menerusi program ini juga , usahawan yang terlibat berjaya mencapai nilai jualan RM1 juta hingga RM150 juta setahun hasil daripada bimbingan diberikan.
            selain bimbingan, bantuan bagi Projek Industri Kecil (PIK) turut  menawarkan pemberian terus (Geran) dalam bentuk mesin, peralatan dan kelengkapan diperlukan bagi usahawan yang menepati garis panduan ditetapkan[xxv].
            Kerajaan negeri dibawah kepimpinan UMNO juga memperuntukan sebanyak RM4.9 juta kepada para usahawan bumiputera bagi meningkat daya saing perniagaan golongan tersebut[xxvi].

 

           

 

 

 




 
 
 
[i]Ramlah Adam,(1996),UMNO Johor 50 tahun Memartabatkan Bangsa Melayu,hlm 43.
[ii] http://semak.spr.gov.my/spr/index.php
[iii]http://www.moa.gov.my
[iv] ibid
[v] ibid
[vi] http://www.theborneopost.com/2012/11/14/manfaatkan-program-mikro-kredit-aim/
[vii] http://www.barisannasional.org.my/pr1ma
[viii] http://www.umno-online.my/?p=22705
[ix] ibid
[x] http://www.kwsp.gov.my/portal/general/1malaysia-retirement-savings-scheme
[xi] http://www.jpnin.gov.my/
[xii] http://myschooltmgstaiping.wordpress.com/2012/04/26/langkah-langkah-untuk-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia/
[xiii]http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=24&ved=0CHEQFjANOAo&url=http%3A%2F%2Fwww.penerangan.gov.my%2Fjabatan%2Findex.php%2Fbm%2Fmuat-turun%2Feborang%2Fdoc_download%2F323-laporan-tahunan-japen-2012&ei=PYYcU4mQAsKXrgfRzYCgDg&usg=AFQjCNG9On8wimzTd-0fpBr5KULw4Ut85g&sig2=J9HQFad6udY4VGlRq5ORfw
[xiv] http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140220/wj_04/Berbasikal-pupuk-perpaduan
[xv] ibid
[xvi] http://www.usahawan.com/pinjaman/badan-pinjaman-tekun-mara-punb-teb.html
[xvii]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm
[xviii]http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_03.htm
[xix]http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140224/pe_05/UMNO-Tebrau-taja-Tutor-UPSR#ixzz2uOCz9lRD
[xx] http://www.pdknet.com.my/web/index.php?module=news&action=detail&news_id=399&lang=
[xxi] http://masjidalfalahtdj.blogspot.com/2011/08/majlis-penyampaian-sumbangan-bantuan.html
[xxii] http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jandadisyakibakarrumahkekasih//Article/article_print
[xxiii] http://www.sinarharian.com.my/iks-tembusi-pasaran-timur-1.124371
[xxiv] ibid
[xxv] ibid
[xxvi]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm#ixzz2uP2yiLz1

Selasa, 18 Februari 2014

BORANG SOAL SELIDIK PENGAJIAN AM STPM 2014 II


 

                                                                    


BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4.
                                       

 

 

 

                                                MAKLUMAT KEPADA RESPONDEN.

 Soal selidik ini adalah bagi memenuhi  keperluan Penilaian Berasaskan sekolah (PBS) untuk mata pelajaran pengajian am 900/4.Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji tentang persepsi masyarakat terhadap masalah sistem perparitan tersumbat dan implikasinya kepada penduduk di Taman Desa Jaya.

a)Maklumat individu:

Jantina:Lelaki[      ] Perempuan[    ]

Umur:15-20[    ] 21-30[    ] 31-40[    ] 41-50[    ] 51-60[    ] 61-70[    ] 71-80[    ]

Bangsa:melayu[    ] cina[    ] india[    ] lain-lain[    ]

b)Tandakan (/) pada punca masalah sistem perparitan tersumbat di Taman Desa Jaya:

bil
Punca terhadap masalah sistem perparitan tersumbat.
Sangat setuju
setuju
Tidak setuju
1.
Sikap peniaga dan penduduk yang suka membuang sisa makanan ke dalam longkang.
 
 
 
2.
Longkang yang tidak diselengara atau/dan usang.
 
 
 
3.
Pengubahsuaian bangunan secara haram.
 
 
 
4.
Kurang kesedaran dalam masyarakat.
 
 
 
5.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah.
 
 
 

 

c)Tandakan (/) pada implikasi masalah sistem perparitan tersumbat di Taman Desa Jaya:

bil
Implikasi terhadap masalah sistem perparitan tersumbat.
Sangat setuju
setuju
Tidak setuju
1.
Pembiakan nyamuk Aedes.
 
 
 
2.
Masalah bau busuk.
 
 
 
3.
Banjir sekiranya hujan lebat.
 
 
 
4.
Penularan wabak penyakit.
 
 
 
5.
Menjejaskan aktiviti rutin.