1.0 PENDAHULUAN.
United Malays National Organisation(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu(PERKEMBAR) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan sejak 68
tahun yang lalu.UMNO telah ditubuhkan pada awalnya untuk menyatukan orang
melayu bagi menentang penubuhan Malayan Union[i].
Namun,peranan
yang dimainkan oleh UMNO terus berkembang dengan pesat sesuai dengan peredaran
zaman.kini UMNO memainkan peranan aktif sebagai sebuah parti politik di
Malaysia juga merupakan parti pemerintah sejak penubuhan persekutuan lagi.Di
Johor,UMNO juga telah berjaya mempertahankannya sebagai kubu kuat.Sebagai
sebuah parti pemerintah yang telah sekian lama memerintah Negara,sudah pasti
telah banyak sumbangan dan peranan yang telah dilakukan dalam memperkasakan masyarakat
melayu. Di
Ulu Tiram pula UMNO telah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu dan disandang oleh Datuk
Maulizan bin Bujang[ii]
2.0 Peranan UMNO Dalam Membantu
Membasmi Kemiskinan Dalam Masyarakat Melayu.
Selaras
dengan matlamat penubuhan UMNO yang juga merupakan parti pemerintah sejak
kemerdekaan negara lagi dalam membantu masyarakat melayu dari segenap sudut
terutamanya dalam membasmi kemiskinan dalam masyarakat melayu. Seperti yang
sedia maklum masyarakat melayu merupakan golongan majoriti dalam kelompok
miskin tegar diawal kemerdekaan negara , sehingga menyebabkan ketidakseimbangan
ekonomi berlaku . Atas kesedaran tersebut UMNO yang juga merupakan parti
pemerintah telah memainkan pelbagai peranan dalam membasmi kemiskinan dalam
masyarakat melayu.
Dalam hal ini , Program Gerakan
1AZAM yang terdiri daripada empat komponen iaitu AZAM Tani, AZAM Niaga, AZAM
Kerja dan AZAM Khidmat telah diperkenalkan bertujuan mewujudkan peluang
pekerjaan dan keusahawanan selaras dengan usaha kerajaan membasmi kemiskinan
tegar[iii].
Skim Pembangunan Kesejahteraan
Rakyat (SPKR) untuk melaksanakan program peningkatan pendapatan, latihan
kemahiran dan bina upaya di samping mengadakan Program Kecemerlangan Pendidikan
dalam usaha membantu golongan berkenaan[iv].
Dalam masa yang sama juga , kerajaan
meneruskan usaha menyediakan perumahan mampu milik dan memperbaiki rumah usang
di bawah Program Bantuan Rumah yang memberi manfaat kepada 1,368 isi rumah[v] .
Dalam usaha membasmi kemiskinan ,
UMNO tidak hanya tertumpu di kawasan luar Bandar tetapi mereka juga cakna
kepada kemiskinan bandar. Dalam hal ini , walaupun penduduk bandar memperoleh
pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk kampung namun kuasa
beli wang di bandar yang rendah menyebabkan taraf hidup mereka turut
merosot.Atas keperihatinan ini,pihak kerajaan dibawah pimpinan UMNO telah
melakukan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan golongan miskin bandar ini.
Antara usaha yang telah dilakukan
bagi membasmi kemiskinan bandar ialah memperkenalkan program Mikro Kredit
Bandar yang diuruskan oleh AIM , program ini diperkenalkan bertujuan untuk
mendorong golongan miskin bandar menceburi bidang perniagaan dan seterusnya
keluar dari kelompok kemiskinan[vi].
Selain daripada program mikro kredit
, Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) turut diperkenalkan oleh UMNO.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas dalam
kalangan rakyat yang berpendapatan sederhana . Program ini juga adalah
sebahagian daripada agenda murni untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat
Malaysia sejajar dengan konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020. UMNO amat peka
terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan sederhana
yang tidak mampu memiliki rumah yang berharga tinggi, namun pada masa yang sama
tidak layak untuk program-program perumahan kos rendah sedia ada[vii].
Selain pendapatan dan juga
perumahan, tingkat kesihatan rakyat turut diberi perhatian. kerajaan juga
menitik beratkan aspek kesihatan di mana tertumpu kepada membina dan menaik
taraf kemudahan hospital dan klinik. Sebanyak 51 premis juga telah diubahsuai
menjadi klinik 1Malaysia di kawasan bandar terpilih di Selangor, Kuala Lumpur,
Pulau Pinang dan Johor[viii].
Bagi meningkatkan pendapatan rakyat
serta menyediakan peluang pelaburan, kerajaan telah menerbitkan Sukuk 1Malaysia
yang menjamin kadar pulangan sebanyak 5.00 peratus setahun yang akan dibayar
setiap suku tahun dan memberi fleksibiliti kepada pemegang untuk membeli dan
menjual sukuk tersebut sebelum tarikh matang[ix].
Dalam membantu golongan bekerja
sendiri menghadapi hari tua pula, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dengan
caruman minimum sebanyak RM50 hingga maksimum RM5,000 sebulan telah
diperkenalkan oleh kerajaan dibawah pimpinan UMNO[x].
3.0 Peranan UMNO Dalam Mengukuhkan
Hubungan Baik Antara Melayu Dengan Etnik Lain.
Perpaduan
sememangnya merupakan pekara penting dalam menjamin kejayaan sesebuah institusi
mahupun negara. Malah, semasa kemerdekaan negara yang ke-50 tema ‘‘perpaduan
teras kejayaan” dilaung-laungkan oleh sekian rakyat Malaysia.UMNO yang turut
merupakan parti pemerintah sememangnya memegang peranan yang cukup besar dalam
mengukuhkan hubungan antara etnik terutamanya yang melibatkan kaum melayu.
Antara peranan UMNO dalam
mengukuhkan hubungan baik antara melayu dengan etnik lain ialah UMNO telah
berusaha untuk meningkatkan peranan Rukun Tetangga dengan mengalakkan orang
ramai untuk menjadi ahli rukun tetangga.Dengan ini kerjasama mahupun perpaduan
dalam kalangan masyarakat melayu dengan kaum lain dapat ditingkatkan.Disamping
mengalakkan orang ramai menjadi ahli, permohonan untuk menubuhkan kawasan rukun
tetangga juga turut dipermudahkan[xi].
Selain itu, pemimpin-pemimpin UMNO
juga turut berusaha keras menempis provokasi-provokasi yang dilakukan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjejaskan perpaduan masyarakat
malaysia. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu
seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah
menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul
“Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur
unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran
negara[xii].
Penganjuran sambutan hari kemerdekaan
negara juga turut dapat mengukuhkan perpaduan antara etnik.sambutan ini dalam
masa yang sama dapat mengukuhkan rasa cinta kita kepada negara disamping dapat
mengukuhkan hubungan antara etnik. Malah, dalam masa yang sama juga sambutan
ini dapat mengalakkan kedatangan pelancong ke Malaysia[xiii].
Selain
daripada aktiviti tersebut, UMNO juga turut melaksanakan beberapa aktiviti yang dapat mengukuhkan hubungan melayu dengan
etnik lain. Satu program yang diberi nama program kayuhan suka-suka atau fun
ride telah diadakan di Felda Pasak Kota tinggi[xiv].
Program
itu bukan sahaja mendapat sambutan baik peminat aktiviti berbasikal di sekitar
daerah ini. Malah, program tersebut turut mendapat penyertaan penggemar sukan
berbasikal dari Pasir Gudang, Masai, Ulu Tiram, Kulaijaya dan Johor Bahru[xv]
4.0 Peranan UMNO Dalam Meningkatkan
Perniagaan Masyarakat Melayu.
Perniagaan
yang berkembang sememangnya menjadi teras penting dalam mengukur kemajuaan
sesebuah negara. Sebagai sebuah parti pemerintah, UMNO sememangnya telah
memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan perniagaan orang
melayu.Pelbagai strategi telah dilakukan oleh UMNO untuk memastikan ekonomi
masyarakat melayu berkembang setanding dengan kaum lain di Malaysia.
Dalam konteks masyarakat melayu,
kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan modal untuk
memulakan perniagaan mereka. Pihak parti pemerintah yang diketuai oleh UMNO
telah mewujudkan beberapa agensi untuk memberi bantuan modal kepada usahawan-usahawan
melayu yang memerlukannya. Antara agensi yang menawarkan kemudahan tersebut
seperti Tekun Nasional,PUNB serta MARA[xvi].
Sedikit sebanyak agensi-agensi tersebut
mampu meringankan beban yang ditanggung bakal usahawan atau sesiapa sahaja yang
berhasrat dan mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan dan kehidupan
baru. Sekurang-kurangnya, hasrat dan nilai murni mereka akan dinilai dan tidak
akan terkubur begitu sahaja. Impian dan cita-cita yang tinggi sukar dicapai
sekiranya minat yang mendalam tidak disulami dengan sumber kewangan yang
stabil, mimpi-mimpi indah ini akan berkecai begitu sahaja. Harapan yang
dipasang tinggi akan musnah jika masalah kewangan menjadi batu penghalang dan
akan menyebabkan seseorang itu berputus asa. Jika kewujudan agensi-agensi ini
dapat membantu maka ekonomi negara akan terus maju.
5.0
Sumbangan UMNO DUN Tiram Dalam Pendidikan.
Sebagai
sebuah parti pemerintah sejak kemerdekaan negara,sudah pasti banyak sumbangan
yang telah dilakukan UMNO dalam memperkasakan orang melayu.baik dalam aspek
politik,ekonomi mahupun sosial.
Dari
segi sosial,UMNO telah banyak memainkan peranan dalam pendidikan kepada
masyarakat melayu,bagi merealisasikan peranan tersebut UMNO telah banyak
memberikan sumbangan antaranya, Seramai 570 penuntut persendirian dan tajaan
YPJ serta MAINJ akan diberikan sumbangan wang tunai berjumlah RM2,500 manakala
selebihnya diberikan wang saguhati sebanyak RM500[xvii].Melalui
sumbangan yang diberikan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban
pelajar semasa menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi . Maka , jelas
menunjukan bahawa UMNO amat prihatin terhadap bebanan yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Bukan
sahaja kepada pelajar-pelajar di IPT malah murid di peringkat rendah juga turut
diberikan bantuan.Dalam hal ini, UMNO telah memberi bantuan kepada 30 murid
miskin dan kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Johor Bahru.
30 murid tersebut menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi
Perhubungan UMNO Tiram, Nordin Omar yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk
Maulizan Bujang[xviii].
Bagi
memastikan Negara dapat melahirkan pelajar yang berkualiti, UMNO juga turut
menaja beberapa program pendidikan lain bagi memastikan pelajar mendapat
pendidikan yang mencukupi . Dalam hal ini , sebanyak 10 sekolah kebangsaan (SK)
di kawasan Parlimen Tebrau menerima Tutor UPSR Utusan Malaysia tajaan Biro
Pendidikan UMNO Bahagian Tebrau selama enam bulan[xix].
Dengan bantuan yang diberikan ini, sekurang-kurangnya dapatlah meningkatkan
pencapaian akademik para pelajar mahupun mengurangkan beban keluarga yang
kurang berkemampuan.
Melalui UMNO juga , sistem politik
masyarakat melayu juga menjadi lebih teratur .
Sebagai sebuah parti pemerintah sejak penubuhan persekutuan lagi , sudah
pasti mereka telah memberi sumbangan yang besar dalam sistem politik masyarakat
melayu terutamanya di DUN Tiram, UMNO yang diterajui oleh Datuk Maulizan bin
Bujang.
Berdasarkan
maklumat tersebut jelas membuktikan bahawa UMNO memberi banyak peranan dan
sumbangan yang dimainkan oleh UMNO terutamanya masyarakat melayu.Ini juga jelas
membuktikan UMNO sememangnya merupakan sebuah parti politik yang berkaliber dan
bewibawa.
6.0
Sumbangan UMNO Dalam Meringankan Beban.
Atas
dasar pritatin terhadap golongan kurang upaya,UMNO telah memberi Sebanyak
RM30,000 wang tunai diagihkan kepada 24 orang kurang upaya (OKU) di Kampung
Pasir Putih, Pasir Gudang, sempena program Ziarah Ramadan 2013[xx].
Melalui sumbangan yang diberikan ini sedikit-sebanyak dapat mengurangkan beban
mahupun menampung keperluan lebih-lebih lagi apabila hari raya yang bakal
kunjung tiba. Hal ini menunjukan bahawa, UMNO merupakan sebuah pertubuhan yang
amat prihatin terhadap golongan kurang upaya. Dengan adanya sumbangan ini juga,
golongan OKU tersebut boleh membeli keperluan harian.
UMNO
juga tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada masjid dan juga surau,
Yang Berhormat Datuk Hj Maulizan Bin Bujang ( ADUN Tiram ) telah menyampaikan
bantuan kewangan sebanyak RM 350.00 kepada setiap surau dan masjid yang berada
dalam kawasan Parlimen Tebrau[xxi].
Walaupun dilihat sumbangan ini agak kecil. Namun,sedikit sebanyak dapat menampung
keperluan semasa pusat ibadah tersebut seperti digunakan untuk membayar bil
atau membaiki kemudahan yang rosak.
Bagi
menzahirkan keperihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk
Maulizan Bujang, ketika melawat ketiga-tiga keluarga turut menghulurkan bantuan
peribadi berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran
di Flat Kejiranan 8 di Taman Air Biru, Pasir Gudang[xxii].
Dalam hal ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan dan kesedihan
mereka yang terlibat dalam tragedy tersebut.Datuk Maulizan bin Bujang telah
menunjukkan rasa empati yang sangat tinggi kepada mangsa dengan melawat ke
tempat kejadian dan menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa yang terlibat
dalam kejadian tersebut.
7.0 Sumbangan UMNO Dalam
Memantapkan Ekonomi Masyarakat Melayu.
Dalam
usaha untuk membangunkan peryertaan buumiputra dalam bidang keusahawanan ,
Program Galakan Usahawan (PGU) telah diperkenalkan dan berjaya membawa enam
produk berasaskan makanan keluaran tempatan menembusi pasaran Timur sekali gus
meningkatkan pendapatan di kalangan usahawan negeri Johor dalam sektor Industri
Kecil Dan Sederhana (IKS).
selain membantu aspek bimbingan
keusahawanan dan pemasaran, UMNO juga turut memberi kepada usahawan terpilih
peruntukan sebanyak RM2,400 bertujuan meningkatkan kualiti dalam pembungkusan[xxiii].
Menerusi program galakan usahawan
ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sehingga RM5 juta setahun, Ia bagi
meningkatkan lagi kemahiran, produktiviti dan pencapaian golongan itu dalam
bidang keusahawanan.
Sejak 2008 hingga 2012, seramai
5,700 usahawan terlibat dengan program berkenaan dan ramai berjaya meningkatkan
produktiviti jualan mereka[xxiv].Menerusi
program ini juga , usahawan yang terlibat berjaya mencapai nilai jualan RM1
juta hingga RM150 juta setahun hasil daripada bimbingan diberikan.
selain bimbingan, bantuan bagi
Projek Industri Kecil (PIK) turut
menawarkan pemberian terus (Geran) dalam bentuk mesin, peralatan dan
kelengkapan diperlukan bagi usahawan yang menepati garis panduan ditetapkan[xxv].
Kerajaan negeri dibawah kepimpinan
UMNO juga memperuntukan sebanyak RM4.9 juta kepada para usahawan bumiputera
bagi meningkat daya saing perniagaan golongan tersebut[xxvi].
[ii] http://semak.spr.gov.my/spr/index.php
[iii]http://www.moa.gov.my
[iv]
ibid
[v]
ibid
[vi] http://www.theborneopost.com/2012/11/14/manfaatkan-program-mikro-kredit-aim/
[vii] http://www.barisannasional.org.my/pr1ma
[viii]
http://www.umno-online.my/?p=22705
[ix]
ibid
[x] http://www.kwsp.gov.my/portal/general/1malaysia-retirement-savings-scheme
[xi] http://www.jpnin.gov.my/
[xii] http://myschooltmgstaiping.wordpress.com/2012/04/26/langkah-langkah-untuk-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia/
[xiii]http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=24&ved=0CHEQFjANOAo&url=http%3A%2F%2Fwww.penerangan.gov.my%2Fjabatan%2Findex.php%2Fbm%2Fmuat-turun%2Feborang%2Fdoc_download%2F323-laporan-tahunan-japen-2012&ei=PYYcU4mQAsKXrgfRzYCgDg&usg=AFQjCNG9On8wimzTd-0fpBr5KULw4Ut85g&sig2=J9HQFad6udY4VGlRq5ORfw
[xiv] http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140220/wj_04/Berbasikal-pupuk-perpaduan
[xv]
ibid
[xvi] http://www.usahawan.com/pinjaman/badan-pinjaman-tekun-mara-punb-teb.html
[xvii]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm
[xviii]http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_03.htm
[xix]http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140224/pe_05/UMNO-Tebrau-taja-Tutor-UPSR#ixzz2uOCz9lRD
[xx] http://www.pdknet.com.my/web/index.php?module=news&action=detail&news_id=399&lang=
[xxi] http://masjidalfalahtdj.blogspot.com/2011/08/majlis-penyampaian-sumbangan-bantuan.html
[xxii]
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jandadisyakibakarrumahkekasih//Article/article_print
[xxiii]
http://www.sinarharian.com.my/iks-tembusi-pasaran-timur-1.124371
[xxiv]
ibid
[xxv]
ibid
[xxvi]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm#ixzz2uP2yiLz1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan