Kaedah kajian.
Dalam
menjalankan kajian ini terdapat beberapa kaedah kajian yang saya
lakukan.antaranya:
a)soal
selidik.
Saya telah mengedarkan borang soal selidik
kepada 30 orang respondan,yang mewakili penduduk Taman Desa Jaya. .
Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan saya untuk mengkaji data yang
diberikan sama ada positif atau sebaliknya.Kesemua respondan telah dipilih
secara rawak dari segi jantina,bangsa dan agama di Taman Desa Jaya.Sepanjang
saya menjalankan sesi soal selidik tiada sebarang masalah yang berlaku walaupun
terdapat sebilangan penduduk yang enggan memberikan kerjasama.
Terdapat enam soalan dan pilihan jawapan ya
atau tidak diberikan pada borang soal selidik yang berkaitan dengan punca dan
implikasi kepada masalah ini.Soalan yang berkaitan dengan punca.Yang pertama yang dikaji ialah berkaitan dengan
peniaga yang membuang sisa makanan ke dalam longkang.Soalan yang kedua adalah
yang berkaitan dengan longkang pecah seterusnya,pengubahsuaian bangunan secara
haram.Manakala yang berkaitan dengan implikasi pula ialah pertama menyebabkan
masalah bau busuk,soalan kedua pula berkaitan dengan banjir dan seterusnya
soalan ketiga pula berkenaan aliran air tidak dapat mengalir dengan sempurna.Dengan
kaedah ini juga, saya secara tidak langsung dapat meneliti perkembangan sistem
perparitan di Taman Desa Jaya ini dari
semasa ke semasa.
b)kaedah
rujukan.
Bagi
melengkapkan lagi kajian saya, saya telah membuat rujukan dengan menggunakan
internet. Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pelajar di tingkatan 6 tahun
lalu juga dijadikan bahan rujukan untuk melaksanakan kajian ini.Kebanyakan info
yang saya dapati terdapat di dalam laman web. Ini dapat memudahkan lagi kerja
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh
guru. Saya juga telah menggunakan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat untuk
mencari definisi perkataan yang sering saya gunakan di dalam kajian ini. Di
samping itu, buku-buku pelajaran serta majalah berilmu dijadikan rujukan
tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian saya.
c)kaedah
pemerhatian.
Melalui kaedah pemerhatian, selain memerhati
saya juga saya telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti
menunjukkan masalah system perparitan di taman desa jaya.Disebabkan itu, kaedah
ini telah digunakan bagi mendapatkan
reaksi daripada peniaga dan penduduk yang menjadi punca kepada masalah ini.
Selain itu, kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah
disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.Melalui kaedah pemerhatian selama
beberapa hari ini,saya mendapati bahawa masih ramai masyarakat pada hari ini
yang tidak mempunyai kesedaran terhadap masalah ini.
Pada hari pertama pemerhatian,saya
memerhatikan terdapat sebilangan peniaga yang melepaskan sisa makanan ke
longkang.Dalam masa yang sama juga,terdapat segelintir penduduk yang menbuang
sampah ke dalam longkang.walaubagaimanapun,keadaan masih lagi terkawal kerana
tidak semua penduduk yang berkelakuan sedemikian.
Pada
hari pemerhatian seterusnya pula,saya mendapati keadaan perparitan semakin di
Taman Desa Jaya semakin tidak terurus.Hal ini menjadi semakin buruk ditambah
pula dengan terdapat longkang yang pecah dan tidak diselengara dengan baik.selain
sikap sesetengah penduduk yang menyambung rumah mereka hingga menyebabkan aliran
longkang tidak terurus dengan baik.
Pada hari terakhir pemerhatian pula,saya
mendapati sistem perparitan di Taman Desa Jaya semakin baik.Pihak Berkuasa
Tempatan pula dilihat sudah mula membersihkan longkang,ditambah pula dengan
pemberian tong sampah secara percuma oleh pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah,yang mana pemberian ini dapat mengurangkan sikap peniaga yang suka
membuang sampah ke dalam longkang.
3 ulasan:
Tq brader....buleh jugak nak edit-edit skit ..
mohon izin utk jadikn cth n panduan. mohon dihalalkan.
fnajwa : mohon izin jadikan panduan saya menyiapkan kk pa saya.
Catat Ulasan