Jumaat, 31 Januari 2014
Khamis, 30 Januari 2014
PERUBAHAN RAJA BERKUASA MUTLAK KEPADA RAJA BERPELEMBAGAAN PERANCIS
Perancis merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan ketidakstabilan politik serta kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini dihapuskan dan digantik dengan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.
Di bawah sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis, pemerintahan Perancis terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant. Kuasa raja mengatasi semua undang-undang. Raja berkuasa memenjarakan individu yang ingkar atau menyakiti hati golongan berpengaruh. Tindakan ini dipanggil lettre de cachet. Majlis Diraja dianggotai kerabat diraja yg berpengaruh. Mereka berperanan membuat keputusan penting dalam semua bidang. Di peringkat wilayah, intendant diamanahkan untuk menguruskan hal pentadbiran dan cukai sekaligus mengurangkan kuasa politik golongan bangsawan.
Golongan paderi atasan dan golongan bangsawan turut diberi keistimewaan. Golongan bourjois iaitu golongan kelas menengah seperti professional, guru, peguam dan pedagang turut diberikan keistimewaan seperti pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera dan berkhidmat dalam pentadbiran. Golongan petani pula terbeban dengan pelbagai cukai seperti cukai tanah, garam, harta dan cukai feudal.
Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama yang terdiri daripada golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan bangsawan dan estet ketiga pula terdiri daripada golongan borjouis dan petani. Estet pertama dan kedua diberi keistimewaan manakala estet ketiga seolah-olah terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk mendapatkan persamaan hak tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga akhirnya mengisytiharkan diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen Negara. Tindakan estet ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan golongan miskin.
Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya menawan bangunan Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila berlakunya peristiwa yang dipanggi ‘Hari Ogos’: Peristiwa ini menandakan penghapusan sistem feudal. Ahli parlimen dan golongan feudal menyerahkan hak feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja. Pada 26 Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pentadbiran Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan [department] dan setiap department ini dibahagi kepada daerah [cantons] dan commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan berkuasa di kawasan masing.
Menjelang tahun 1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru. Dengan mengambil idea berdasarkan teori pengasingan kuasa Montesquieu, kerajaan Perancis dibahagikan kepada badan legislative, badan eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era pemerintahan raja berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada republik. Akibat pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan menyokong raja, Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan gilotin.
Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan menyaksikan pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang berlakunya di Perancis hanya tamat bila Napoleon Bobaparte mengambil alih pemerintahan [1799]

contoh proposal PBS Sejarah STPM Tema politik.
PROPOSAL.
Tema:sejarah politik.
Tajuk:peranan dan
sumbangan UMNO DUN Tiram dari tahun 2008 hingga 2012 dalam memperkasakan
masyarakat melayu.
Pengenalan:
United Malay National Organisation(UMNO) atau
Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar
di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946.Pada awal penubuhannya,UMNO hanya
ditubuhkan untuk menyatupadukan orang melayu dan menentang Malayan
union.Namun,peranan yang dimainkan oleh UMNO terus berkembang dengan pesat
sesuai dengan peredaran zaman.UMNO memainkan peranan utama sebagai parti
politik dan telah bertapak di bumi Malaysia selama 68 tahun juga merupakan
parti pemerintah sejak penubuhan persekutuan lagi.Di Johor,UMNO juga telah
berjaya mempertahankannya sebagai kubu kuat.Sebagai sebuah parti pemerintah
yang telah sekian lama memerintah Negara,sudah pasti telah banyak sumbangan dan
peranan yang telah dilakukan.Di Ulu Tiram pula UMNO telah berjaya memenangi
Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang
lalu dan disandang oleh Datuk Maulizan bin Bujang.UMNO sememangnya memberi
banyak sumbangan kepada masyarakat terutamanya orang melayu dari segi
politik,ekonomi dan sosial.
Objektif kajian:
1.
Mengenalpasti dan mengkaji sejarah
serta perkembangan UMNO DUN Tiram secara umum.
2.
Mengenalpasti peranan yang
dimainkan oleh UMNO untuk membangunkan masyarakat melayu.
3.
Mengenalpasti sumbangan UMNO kepada
masyarakat melayu.
4.
Mengenalpasti kejayaan UMNO.
Permasalahan
kajian:
1. Kajian
ini akan merungkapkan sejarah dan perkembangan UMNO secara ringkas.
2. Selain
itu,peranan yang dimainkan oleh UMNO DUN Tiram untuk membangunkan masyarakat
melayu turut akan dibincangkan.
3. Disamping
itu,esei ini juga akan membincangkan mengenai sumbangan yang dilakukan oleh
UMNO.
Skop
kajian:
1. Peranan
UMNO dari tahun 2008 hingga 2012 dalam membangunkan masyarakat melayu dari segi
ekonomi dan sosial.
2. Sumbangan
UMNO dari tahun 2008 hingga 2012 kepada masyarakat melayu.
Kajian
terdahulu:
Berdasarkan
kajian yang telah saya saya lakukan,belum ada penyelidikan yang dilakukan oleh
pihak lain.
Kaedah
kajian:
1. Kaedah
kajian perpustakaan
Saya akan membuat penyelidikan melalui
buku-buku,majalah,akhbar atau website yang
ada kaitan dengan UMNO.
2. Kaedah
kajian lapangan.
Saya
akan mengadakan temuramah dengan orang penting dalam UMNO.Seperti ADUN Tiram,penghulu,ahli-ahli
UMNO dan juga masyarakat setempat.
Pembahagian struktur
esei:
1.Pengenalan.
Dalam
bahagian ini saya akan menjelaskan sejarah dan pemimpinnya dari tahun 2008
hingga 2012.
2.isi-isi
2.1 bahagian ini akan menjelaskan sejarah penubuhan UMNO dan pemimpinnya
dari
Tahun 2008 hingga 2012.
2.2 bahagian
ini akan menjelaskan peranan UMNO dalam membangunkan sosial masyarakat melayu.
2.3 Bahagian
ini akan akan peranan UMNO dalam membangunkan ekonomi masyarakat melayu.
2.4 Bahagian
ini akan menyatakan sumbangan UMNO kepada sosial masyarakat melayu.
2.5 Bahagian
ini akan menyatakan kejayaan UMNO.
3.Kesimpulan.
Bahagian
ini akan menyatakan harapan ahli-ahli UMNO dalam terus untuk membangunkan sosial dan ekonomi masyarakat
melyu.
Penutup:
Pada
keseluruhannya,kajian saya terhadap UMNO DUN Tiram menumpukan kepada peranan
dan sumbangan UMNO dalam membangunkan masyarakat melayu selama lima tahun dari
tahun 2008 hingga 2012.
Pertanian di England pada abad 17 dan 18.
Sistem tanah terbuka.
·
Tanah terbahagi kepada 3 bidang.
·
Setiap bidang,terdapat lajur-lajur secara memanjang yang
diusahakan oleh petani.
·
Petani biasanya mengusahakan beberapa lajur tanah yang terletak
secara berasingan dalam bidang-bidang tanah.
·
Hanya 2 daripada 3 bidang tanah yang akan diusahakan.Ini bertujuan
untuk memulihka kesuburan tanah pada musim berikutnya.
·
Sistem ini,diamalkan sejak zaman pertengahan,iaitu tanah tidak
berpagar.persetujuan jenis tanaman yang akan ditanam,masa membajak dan menanam
serta kaedah kerja tanah dipersetujui secara kolektif.
·
Akibatnya petani sukar untuk mencuba idea baru kerana keputusan
kolektif.
Faktor yang menyebabkan ekonomi tidak berkembang di England pada
abad ke-17.
·
Hasil pengeluaran yang rendah disebabkan oleh kitaran sara hidup
petani yang kuno.
·
Sumber kewangan yang terhad untuk ekonomi perindustrian dan sukar
untuk hasikan b+p.
·
Pendapatan rakyat habis untuk membayar cukai yang tinggi dan
membeli barang keperluan asas.maka,mereka tiada wang simpanan.
·
Penggunaan teknologi yang tidak cekap dan hanya menggunakan baja
asli.
·
Cuaca.Salji lambat cair mempengaruhi masa dan hasil tanaman yang
akhirnya menyebabkan kebuluran.
·
Hanya tanaman makanan ruji diutamakan.tetapi tanaman seperti
sayur-sayuran dan bijirin tidak diutamakan.kesannya penduduk mengalami
kekurangan vitamin dan mineral.
·
Trend pengeluaran pertanian mengikut turun naik bilangan penduduk.
System pemilikan tanah sebelum
revolusi perindustrian.
·
Sebelum
revolusi pertanian.sistem pemilikan tanah terbahagi kepada:
o
Sistem
pemilikan tanah persendirian.
o
System
pemilikan tanah awam.
§ Tanah persendirian merupakan tanah
yang dimiliki oleh orang perseorangan.
§ Rakyat biasa dibenarkan mengunakan tanah
awam untuk:
·
Bercucuk
tanam.
·
Memelihara
ternakan.
·
Memburu
binatang.
·
Memancing.
Revolusi
pertanian.
Akta pemagaran tanah.
·
Pertambahan penduduk yang berlaku menjelang abad ke-18 dan 19
menyebabkan tuan tuan tanah memanfaatkan tanah awam untuk menjalankan kegiatan
pertanian secara besar-besaran.
·
Tuan-tuan tanah mendapat kelulusan parlimen untuk memagar tanah
awam.
·
Hampir 0.5 juta ekar tanah dipagari.Antara tahun 1761 hingga 1792.
·
Akta ini telah menimbulkan kesan terhadap petani yang memiliki
tanah yang kecil.Mereka terpaksa menjualtanah mereka kerana tidak mempunyai
modal untuk memagar tanah.
·
Tetapi,golongan tuan-tuan tanah telah membeli tanah awam dan
munculnya tanah perindustrian.
System tanaman bergilir Norfolk.
·
Diperkenalkan oleh Charles Viscount Townshead pada akhir abad ke-18.
·
Charles townshead menganjurkan tanah pertanian digunakan sepanjang
tahun pada tahun tersebut.
·
Tanah hendaklah ditanam secara bergilir-gilir dengan tanaman yang
berlainan.
·
Bagi menjayakan system ini,tanaman seperti ubi kentang dan turnip
telah diperkenalkan.
·
Kaedah ini dapat mengekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan
kesuburan tanah.
·
System ini kemudianya diperbaiki oleh Thomas William Cake.
System pertanian campuran.
·
Menternak lembu atau kambing serta menanam rumput dalam kawasan
pertanian yang sama.
·
System ini telah Berjaya mengatasi masalah makanan binatang
ternakan,terutamanya ketika musim sejuk.
Biri-biri baka Leicastershire.
·
Direvolusikan oleh Robert Blakewell.
·
Kaedah ini dapat mempercepatkan proses pembasaran binatang
ternakan.
·
Kesannya,bekalan daging dan susu meningkat di England.
Peranan Jethro Tull.
·
Mencipta alat penggali dan penabur benih.
Alat ini telah memudahkan para petani
menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang ditetapkan.
o
Seterusnya,menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut
baris dan memudahkan para petani menggembur tanah dan membersihkan tanah.
·
Konsep tanaman fodder kekacang.
o
Merupakan makanan haiwan di tanah terbiar walaupun tidak subur.
o
Kacang pis,soya dan alfalfa boleh dituai untuk makanan haiwan dan
dalam masa yang sama dapat memulihkan tanah dalam masa yang cepat berbanding
hanya membiarkan tanah kosong.
Tebus guna tanah.
·
Diperkenalkan oleh Coke of Holkham.
·
Beliau mengunakan system heavy-manuring, iaitu menjadikan kawasan tanah
berpasir sebagai tempat penanaman gandum yang subur.
Contoh pengenalan PBS pengajian am STPM.(MASALAH SISTEM PERPARITAN DAN IMPLIKASI KEPADA PENDUDUK TAMAN DESA JAYA)
Masalah sistem perparitan bukanlah sesuatu
yang baru di Negara ini,malah isu ini juga hangat diperkatakan oleh media
massa.Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu,mentakrifkan masalah sebagai
kesulitan,kerumitan atau kesukaran yang kita hadapi kini.manakala istilah
system pula ditakrifkan sebagai aturan,peraturan,susunan dan
lain-lain.seterusnya,perkataan implikasi pula mempunyai maksud yang sama dengan
kesan,akibat,risiko dan lain-lain.jika diperhatikan masalah ini ada sahaja
berlaku dimana-mana,baik di kawasan kampung ataupun kawasan bandar metropolitan
Masalah system perparitan ini sering dikaitkan
dengan sikap segelintir masyarakat yang kurang perihatin.mereka suka mengambil
jalan mudah dengan membuang sampah atau sisa makanan ke dalam longkang.Malah
dakwaan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengurus SWM
Environment Sdn Bhd (SWM) Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka, Dr Al Ashari
Othman melalui laman web rasmi SWM di http://swm-environment.com/swmbulletin/index.php?option=com_content&view=article&id=94:punca-utama-masalah-longkang-tersumbat-di-bandar&catid=15:swm-news&Itemid=65.yang
berkata,”kebanyakan permis makanan yang yang melepaskan sepennuhnya sisa
makanan dan minyak menyebabkan masalah longkang tersumbat serta mengeluarkan
bau busuk’’.
Menurut Omar Othman melalui Utusan online yang
bertarikh 12.4.2011 pula,”sistem perparitan yang usang dan tidak diselengara
menyebabkan masalah longkang tersumbat.selain itu,beberapa longkang yang pecah
dan semakin terhakis juga menjadi punca.”.Sumber juga berkata,masalah ini juga
boleh menyebabkan berlakunya banjir jika hujan lebat.
Sumber daripada Majlis Daerah Pasir Mas pula
memberitahu” Pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan pihak
bertanggungjawab, dipercayai menjadi punca, berlakunya masalah longkang
tersumbat.” ketika mengubahsuai bangunan, mereka membuang batu, pasir dan simen
ke dalam longkang sehingga menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan
sempurna.selain itu juga, Ada antaranya menutup longkang
sepenuhnya, semata-mata mahu menyediakan kemudahan parkir berdekatan kedai
mereka.
Berdasarkan laporan melalui portal berita
mstar online Pengarah Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Zainor Rahim
Ibrahim berkata pihak kerajaan mendakwa
lebih daripada RM40 juta diperuntukkan untuk membersihkan longkang dan parit di
seluruh negara.Dalam masa yang sama juga beliau memberitahu jumlah sampah yang dibuang setiap tahun
mencatatkan peningkatan, kerana masyarakat tidak sensitif bahawa sampah yang
mereka buang ke dalam longkang dan parit ini menyebabkan aliran air perlahan
sekaligus menyebabkan banjir kilat.
Langgan:
Catatan (Atom)