Khamis, 30 Januari 2014

contoh proposal PBS Sejarah STPM Tema politik.


PROPOSAL.

Tema:sejarah politik.

Tajuk:peranan dan sumbangan UMNO DUN Tiram dari tahun 2008 hingga 2012 dalam memperkasakan masyarakat melayu.

Pengenalan:

  United Malay National Organisation(UMNO) atau Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946.Pada awal penubuhannya,UMNO hanya ditubuhkan untuk menyatupadukan orang melayu dan menentang Malayan union.Namun,peranan yang dimainkan oleh UMNO terus berkembang dengan pesat sesuai dengan peredaran zaman.UMNO memainkan peranan utama sebagai parti politik dan telah bertapak di bumi Malaysia selama 68 tahun juga merupakan parti pemerintah sejak penubuhan persekutuan lagi.Di Johor,UMNO juga telah berjaya mempertahankannya sebagai kubu kuat.Sebagai sebuah parti pemerintah yang telah sekian lama memerintah Negara,sudah pasti telah banyak sumbangan dan peranan yang telah dilakukan.Di Ulu Tiram pula UMNO telah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-12  pada 2008 yang lalu dan disandang oleh Datuk Maulizan bin Bujang.UMNO sememangnya memberi banyak sumbangan kepada masyarakat terutamanya orang melayu dari segi politik,ekonomi dan sosial.

Objektif kajian:

1.      Mengenalpasti dan mengkaji sejarah serta perkembangan UMNO DUN Tiram secara umum.

2.      Mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh UMNO untuk membangunkan masyarakat melayu.

3.      Mengenalpasti sumbangan UMNO kepada masyarakat melayu.

4.      Mengenalpasti kejayaan UMNO.

Permasalahan kajian:

1.      Kajian ini akan merungkapkan sejarah dan perkembangan UMNO secara ringkas.

2.      Selain itu,peranan yang dimainkan oleh UMNO DUN Tiram untuk membangunkan masyarakat melayu turut akan dibincangkan.

3.      Disamping itu,esei ini juga akan membincangkan mengenai sumbangan yang dilakukan oleh UMNO.

 

Skop kajian:

1.      Peranan UMNO dari tahun 2008 hingga 2012 dalam membangunkan masyarakat melayu dari segi ekonomi dan sosial.

2.      Sumbangan UMNO dari tahun 2008 hingga 2012 kepada masyarakat melayu.

Kajian terdahulu:

Berdasarkan kajian yang telah saya saya lakukan,belum ada penyelidikan yang dilakukan oleh pihak lain.

 

Kaedah kajian:

1.      Kaedah kajian perpustakaan

 Saya akan membuat penyelidikan melalui buku-buku,majalah,akhbar atau website yang ada kaitan dengan UMNO.

2.      Kaedah kajian lapangan.

Saya akan mengadakan temuramah dengan orang penting dalam UMNO.Seperti ADUN Tiram,penghulu,ahli-ahli UMNO dan juga masyarakat setempat.

Pembahagian struktur esei:

        1.Pengenalan.

Dalam bahagian ini saya akan menjelaskan sejarah dan pemimpinnya dari tahun 2008 hingga 2012.

       2.isi-isi

     2.1 bahagian ini akan menjelaskan sejarah penubuhan UMNO dan pemimpinnya dari

          Tahun 2008 hingga 2012.

2.2  bahagian ini akan menjelaskan peranan UMNO dalam membangunkan sosial masyarakat melayu.

2.3  Bahagian ini akan akan peranan UMNO dalam membangunkan ekonomi masyarakat melayu.

2.4  Bahagian ini akan menyatakan sumbangan UMNO kepada sosial masyarakat melayu.

2.5  Bahagian ini akan menyatakan kejayaan UMNO.

 

       3.Kesimpulan.

             Bahagian ini akan menyatakan harapan ahli-ahli UMNO dalam terus untuk    membangunkan sosial dan ekonomi masyarakat melyu.

Penutup:

   Pada keseluruhannya,kajian saya terhadap UMNO DUN Tiram menumpukan kepada peranan dan sumbangan UMNO dalam membangunkan masyarakat melayu selama lima tahun dari tahun 2008 hingga 2012.

1 ulasan:

Maryam berkata...

Assalamualaikum. Permasalahan kajian tu sama dengan objektif ke?