Masalah sistem perparitan bukanlah sesuatu
yang baru di Negara ini,malah isu ini juga hangat diperkatakan oleh media
massa.Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu,mentakrifkan masalah sebagai
kesulitan,kerumitan atau kesukaran yang kita hadapi kini.manakala istilah
system pula ditakrifkan sebagai aturan,peraturan,susunan dan
lain-lain.seterusnya,perkataan implikasi pula mempunyai maksud yang sama dengan
kesan,akibat,risiko dan lain-lain.jika diperhatikan masalah ini ada sahaja
berlaku dimana-mana,baik di kawasan kampung ataupun kawasan bandar metropolitan
Masalah system perparitan ini sering dikaitkan
dengan sikap segelintir masyarakat yang kurang perihatin.mereka suka mengambil
jalan mudah dengan membuang sampah atau sisa makanan ke dalam longkang.Malah
dakwaan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengurus SWM
Environment Sdn Bhd (SWM) Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka, Dr Al Ashari
Othman melalui laman web rasmi SWM di http://swm-environment.com/swmbulletin/index.php?option=com_content&view=article&id=94:punca-utama-masalah-longkang-tersumbat-di-bandar&catid=15:swm-news&Itemid=65.yang
berkata,”kebanyakan permis makanan yang yang melepaskan sepennuhnya sisa
makanan dan minyak menyebabkan masalah longkang tersumbat serta mengeluarkan
bau busuk’’.
Menurut Omar Othman melalui Utusan online yang
bertarikh 12.4.2011 pula,”sistem perparitan yang usang dan tidak diselengara
menyebabkan masalah longkang tersumbat.selain itu,beberapa longkang yang pecah
dan semakin terhakis juga menjadi punca.”.Sumber juga berkata,masalah ini juga
boleh menyebabkan berlakunya banjir jika hujan lebat.
Sumber daripada Majlis Daerah Pasir Mas pula
memberitahu” Pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan pihak
bertanggungjawab, dipercayai menjadi punca, berlakunya masalah longkang
tersumbat.” ketika mengubahsuai bangunan, mereka membuang batu, pasir dan simen
ke dalam longkang sehingga menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan
sempurna.selain itu juga, Ada antaranya menutup longkang
sepenuhnya, semata-mata mahu menyediakan kemudahan parkir berdekatan kedai
mereka.
Berdasarkan laporan melalui portal berita
mstar online Pengarah Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Zainor Rahim
Ibrahim berkata pihak kerajaan mendakwa
lebih daripada RM40 juta diperuntukkan untuk membersihkan longkang dan parit di
seluruh negara.Dalam masa yang sama juga beliau memberitahu jumlah sampah yang dibuang setiap tahun
mencatatkan peningkatan, kerana masyarakat tidak sensitif bahawa sampah yang
mereka buang ke dalam longkang dan parit ini menyebabkan aliran air perlahan
sekaligus menyebabkan banjir kilat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan