Khamis, 30 Januari 2014


Pertanian di England pada abad 17 dan 18.

Sistem tanah terbuka.

·         Tanah terbahagi kepada 3 bidang.

·         Setiap bidang,terdapat lajur-lajur secara memanjang yang diusahakan oleh petani.

·         Petani biasanya mengusahakan beberapa lajur tanah yang terletak secara berasingan dalam bidang-bidang tanah.

·         Hanya 2 daripada 3 bidang tanah yang akan diusahakan.Ini bertujuan untuk memulihka kesuburan tanah pada musim berikutnya.

·         Sistem ini,diamalkan sejak zaman pertengahan,iaitu tanah tidak berpagar.persetujuan jenis tanaman yang akan ditanam,masa membajak dan menanam serta kaedah kerja tanah dipersetujui secara kolektif.

·         Akibatnya petani sukar untuk mencuba idea baru kerana keputusan kolektif.

Faktor yang menyebabkan ekonomi tidak berkembang di England pada abad ke-17.

·         Hasil pengeluaran yang rendah disebabkan oleh kitaran sara hidup petani yang kuno.

·         Sumber kewangan yang terhad untuk ekonomi perindustrian dan sukar untuk hasikan b+p.

·         Pendapatan rakyat habis untuk membayar cukai yang tinggi dan membeli barang keperluan asas.maka,mereka tiada wang simpanan.

·         Penggunaan teknologi yang tidak cekap dan hanya menggunakan baja asli.

·         Cuaca.Salji lambat cair mempengaruhi masa dan hasil tanaman yang akhirnya menyebabkan kebuluran.

·         Hanya tanaman makanan ruji diutamakan.tetapi tanaman seperti sayur-sayuran dan bijirin tidak diutamakan.kesannya penduduk mengalami kekurangan vitamin dan mineral.

·         Trend pengeluaran pertanian mengikut turun naik bilangan penduduk.

System pemilikan tanah sebelum revolusi perindustrian.

·         Sebelum revolusi pertanian.sistem pemilikan tanah terbahagi kepada:

o    Sistem pemilikan tanah persendirian.

o    System pemilikan tanah awam.

§  Tanah persendirian merupakan tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan.

§  Rakyat biasa dibenarkan mengunakan tanah awam untuk:

·         Bercucuk tanam.

·         Memelihara ternakan.

·         Memburu binatang.

·         Memancing. 

         Revolusi pertanian.

Akta pemagaran tanah.

·         Pertambahan penduduk yang berlaku menjelang abad ke-18 dan 19 menyebabkan tuan tuan tanah memanfaatkan tanah awam untuk menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran.

·         Tuan-tuan tanah mendapat kelulusan parlimen untuk memagar tanah awam.

·         Hampir 0.5 juta ekar tanah dipagari.Antara tahun 1761 hingga 1792.

·         Akta ini telah menimbulkan kesan terhadap petani yang memiliki tanah yang kecil.Mereka terpaksa menjualtanah mereka kerana tidak mempunyai modal untuk memagar tanah.

·         Tetapi,golongan tuan-tuan tanah telah membeli tanah awam dan munculnya tanah perindustrian.

System tanaman bergilir Norfolk.

·         Diperkenalkan oleh Charles Viscount Townshead pada akhir abad ke-18.

·         Charles townshead menganjurkan tanah pertanian digunakan sepanjang tahun pada tahun tersebut.

·         Tanah hendaklah ditanam secara bergilir-gilir dengan tanaman yang berlainan.

·         Bagi menjayakan system ini,tanaman seperti ubi kentang dan turnip telah diperkenalkan.

·         Kaedah ini dapat mengekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan kesuburan tanah.

·         System ini kemudianya diperbaiki oleh Thomas William Cake.

System pertanian campuran.

·         Menternak lembu atau kambing serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama.

·         System ini telah Berjaya mengatasi masalah makanan binatang ternakan,terutamanya ketika musim sejuk.

Biri-biri baka Leicastershire.

·         Direvolusikan oleh Robert Blakewell.

·         Kaedah ini dapat mempercepatkan proses pembasaran binatang ternakan.

·         Kesannya,bekalan daging dan susu meningkat di England.

          Peranan Jethro Tull.

·         Mencipta alat penggali dan penabur benih.

Alat ini telah memudahkan para petani menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang ditetapkan.

o    Seterusnya,menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris dan memudahkan para petani menggembur tanah dan membersihkan tanah.

·         Konsep tanaman fodder kekacang.

o    Merupakan makanan haiwan di tanah terbiar walaupun tidak subur.

o    Kacang pis,soya dan alfalfa boleh dituai untuk makanan haiwan dan dalam masa yang sama dapat memulihkan tanah dalam masa yang cepat berbanding hanya membiarkan tanah kosong.

          Tebus guna tanah.

·         Diperkenalkan oleh Coke of Holkham.

·         Beliau mengunakan system heavy-manuring, iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandum yang subur.

Tiada ulasan: